Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Malaysia, UAE muktamadkan CEPA tahun ini
Perniagaan

Malaysia, UAE muktamadkan CEPA tahun ini

Malaysia, UAE muktamadkan CEPA tahun ini

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan) dan Menteri Negeri bagi Perdagangan Asing UAE, Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi (kiri) ketika mengadakan mesyuarat dua hala dalam lawatan kerja seharinya ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan komitmen untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) menjelang tahun ini.

Komitmen dibuat semasa mesyuarat dua hala antara Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Negeri bagi Perdagangan Asing UAE, Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi yang sedang dalam lawatan kerja sehari ke Malaysia.

Tengku Zafrul memaklumkan, kemajuan substantif dalam rundingan CEPA mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk mewujudkan rangka kerja komprehensif yang saling menguntungkan.

\”Malaysia optimis pemeteraian CEPA akan melonjakkan lagi hubungan ekonomi Malaysia dengan UAE,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Tengku Zafrul, sebagai perjanjian perdagangan bebas pertama Malaysia dengan anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC), perjanjian itu dijangka membuka jalan ke arah kerjasama ekonomi yang lebih mendalam, memupuk persekitaran yang kondusif untuk peningkatan aliran perdagangan serta pelaburan.

Pusingan pertama rundingan telah dimulakan pada Oktober 2023.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...