Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Inflasi negara kekal 2.0-3.5 peratus selepas rasionalisasi subsidi diesel
Perniagaan

Inflasi negara kekal 2.0-3.5 peratus selepas rasionalisasi subsidi diesel

Inflasi negara kekal 2.0-3.5 peratus selepas rasionalisasi subsidi diesel

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 Jun– Inflasi keseluruhan negara dijangka kekal antara 2.0% hingga 3.5% tahun ini selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel pada 10 Jun.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, rasionalisasi ini lebih tertumpu kepada membantu rakyat dan menangani penyeludupan dalaman serta rentas sempadan.

Justeru, kerajaan akan terus memastikan tiada kenaikan harga barangan yang tidak seimbang susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel.

Beliau berkata demikian semasa sesi panel dalam Simposium bertajuk “Subsidy Rationalisation: Charting The Course Towards Economic Transformation” di Simposium Sasana 2024 Bank Negara Malaysia.

Pada Mei lalu, Bank Negara Malaysia mengumumkan Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0% hingga 3.5% dan antara 2.0% hingga 3.0% pada 2024.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...