Monday , 30 December 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas diunjur diniagakan positif minggu depan
Perniagaan

Niaga hadapan emas diunjur diniagakan positif minggu depan

Niaga hadapan emas diunjur diniagakan positif minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 Jun- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan positif pada minggu depan susulan penurunan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, logam berharga itu dijangka terus meningkat berikutan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih rendah dan diniagakan sekitar 4.207 peratus iaitu turun tiga mata asas pada Jumaat.

Pada asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, kontrak Jun 2024 turun kepada AS$2,322.4 setiap auns troy daripada AS$2,355.0 setiap auns troy minggu lepas manakala Julai 2024 merosot kepada AS$2,329.2 setiap auns troy daripada AS$2,361.80 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak-kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 rendah pada AS$2,344.8 setiap auns troy daripada AS$2,377.0 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan meningkat kepada 78 lot daripada 71 lot dalam minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 52 kontrak, seminggu sebelumnya.

Harga emas fizikal pada AS$2,310.80 setiap auns troy mengikut penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 13 Jun 2024. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...