Monday , 30 December 2024
Home Perniagaan Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas
Perniagaan

Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas

Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Jun- Pelabur asing meneruskan minat terhadap ekuiti tempatan untuk minggu kedua berturut-turut.

Pembelian bersih oleh pelabur asing mencecah 202.4 juta minggu lepas, berbanding aliran masuk bersih RM535 juta minggu sebelumnya.

MIDF Research dalam laporan aliran dana mingguannya memaklumkan, utiliti, produk dan perkhidmatan perindustrian serta teknologi merupakan tiga sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi.

Manakala, tiga sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan, perladangan serta telekomunikasi dan media.

Sementara itu, institusi tempatan meneruskan trend jualan bersih selama dua minggu berturut-turut, meski dalam jumlah lebih rendah sebanyak RM25.9 juta, berbanding minggu sebelumnya.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...