Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal
Perniagaan

Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal

Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal

BURSA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana diterajui oleh kaunter utiliti serta produk perindustrian dan perkhidmatan.

Pada pukul 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.49 mata kepada 1,592.20 daripada 1,592.69 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.72 mata kepada 1,593.41.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 207 berbanding 188, dengan 304 kaunter tidak berubah, 1,738 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 336.37 juta unit bernilai RM145.05 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI mengalami pembetulan dan terus merosot di bawah paras 1,600 mata berikutan jualan berterusan daripada dana asing.

“Kami percaya akan terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah dalam masa terdekat berikutan peningkatan semula melebihi paras 1,600 adalah perlu untuk mengekalkan aliran meningkat (baru-baru ini).

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,595-1,605 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Di Bursa Malaysia, saham wajaran tinggi YTL Power International merosot 4.0 sen kepada RM5.01, Petronas Gas berkurangan 20 sen kepada RM17.79 dan Press Metal Aluminium susut 1.0 sen kepada RM5.79. Petronas Chemicals merosot 3.0 sen kepada RM6.49 dan Nestle berkurangan 90 sen kepada RM123.10.

Daripada kaunter paling aktif, Ingenieur Gudang naik setengah sen kepada 7.0 sen, Agricore CS meningkat 35.5 sen kepada 85.5 sen dan ATA IMS menambah 3.5 sen kepada 56.5 sen. Siab merosot 1.5 sen kepada 12.5 sen dan WCT meningkat 3.0 sen kepada 79.5 sen.

Nestle mendahului senarai kaunter paling rugi, diikuti Dutch Lady Milk Industries yang merosot 60 sen kepada RM36.20. Petronas Gas berkurangan 20 sen kepada RM17.62, Pentamaster susut 12 sen kepada RM4.93 dan Paragon turun 11 sen kepada RM3.50.

Agricore CS mendahului senarai kaunter paling untung, diikuti United Plantations yang menambah 16 sen kepada RM23.96. Master-Pack naik 11 sen kepada RM4.20, AEON Credit meningkat 9.0 sen kepada RM7.64 dan Genting menambah 8.0 sen kepada RM4.77.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 4.67 mata kepada 12,238.68, Indeks FBMT 100 berkurangan 6.13 mata kepada 11,815.55 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 8.64 mata kepada 12,580.80.

Indeks FBM 70 jatuh 19.42 mata kepada 17,869.98 dan Indeks FBM ACE berkurangan 17.50 mata kepada 5,736.54.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 22.52 mata kepada 17,396.88, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.38 mata kepada 197.09 dan Indeks Tenaga susut 2.37 mata kepada 971.04.

Indeks Perladangan merosot 12.33 mata kepada 6,995.65. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...