Sunday , 29 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup rendah sedikit seiring aliran menurun pasaran niaga getah serantau
Perniagaan

Pasaran getah ditutup rendah sedikit seiring aliran menurun pasaran niaga getah serantau

Pasaran getah ditutup rendah sedikit seiring aliran menurun pasaran niaga getah serantau

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah sedikit pada Isnin, seiring dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah sedikit pada Isnin, seiring dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, sentimen global terjejas oleh kebimbangan terhadap cadangan tarif ke atas kenderaan elektrik (EV) dari China oleh Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dikekang oleh kebimbangan terhadap bekalan getah di negara-negara pengeluar getah asli (NR) utama ketika para peniaga menunggu pengumuman data inflasi AS yang akan mempengaruhi kenaikan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata agensi meteorologi Thailand memberi amaran ramalan hujan sangat lebat yang boleh mengakibatkan kejadian banjir kilat dari 24 hingga 26 Jun ini.

Selain itu beliau juga berkata China dan EU sedang berunding mengenai cadangan pelaksanaan tarif ke atas EV buatan China yang diimport ke pasaran Eropah.

“Pengesahan itu dibuat selepas Kementerian Perdagangan China bersetuju untuk memulakan rundingan berhubung siasatan anti-subsidi EU ke atas EV China,” katanya.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) turun 1.5 sen kepada 794.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurangan lima sen kepada 762 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 794 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 757.5 sen sekilogram.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...