Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Langkah tambah jumlah pesawat mampu tawar tambang penerbangan kompetitif – Loke
Perniagaan

Langkah tambah jumlah pesawat mampu tawar tambang penerbangan kompetitif – Loke

Langkah tambah jumlah pesawat mampu tawar tambang penerbangan kompetitif – Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

SEPANG, 24 Jun – Kerajaan mengalu-alukan sebarang langkah oleh syarikat penerbangan tempatan untuk menambah jumlah pesawat masing-masing.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia berupaya menyumbang kepada tambang penerbangan yang lebih kompetitif berikutan tambang penerbangan mempunyai penentuan harga yang dinamik.

Beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai kawalan terhadap harga tiket penerbangan melainkan bagi perjalanan domestik ketika musim perayaan.

\”Bagi perjalanan antarabangsa sudah tentu tiada mekanisma pemberian subsidi untuk penerbangan. Cara untuk menyelesaikan dan mengurangkan harga tiket penerbangan yang tinggi ini adalah dengan mewujudkan lebih ramai pesaing dalam pasaran,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Batik Air dan Kia untuk menawarkan perkhidmatan pemindahan terminal persendirian, di sini.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...