Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Manfaatkan AI untuk tingkat produktiviti – Tengku Zafrul
Perniagaan

Manfaatkan AI untuk tingkat produktiviti – Tengku Zafrul

Manfaatkan AI untuk tingkat produktiviti – Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz / Foto Fail Bernama

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Malaysia perlu meningkatkan produktiviti melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Ini berikutan, teknologi AI berpotensi untuk memudahkan tugasan, membuka ruang kepada pemikiran strategik dan meningkatkan produktiviti.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata di samping AI, Malaysia perlu meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

\”Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menyalurkan produk yang berdaya saing dan membolehkan syarikat dan ekonomi memasuki rantaian global yang bernilai tinggi.

\”Proses inovasi sama pentingnya dengan inovasi produk dan kritikal dalam meningkatkan produktiviti,\” katanya pada majlis pelancaran Laporan Produktiviti 2024 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha MITI, Datuk Hairil Yahri Yaacob.

Tambah Tengku Zafrul, AI mampu memajukan prestasi ekonomi di tengah-tengah kemerosotan sumber dan peningkatan kadar inflasi.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...