Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah KL catat aliran menyusut seiring prestasi serantau
Perniagaan

Pasaran getah KL catat aliran menyusut seiring prestasi serantau

Pasaran getah KL catat aliran menyusut seiring prestasi serantau

Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran penyusutannya pada Jumaat / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran penyusutannya pada Jumaat, diheret turun oleh prestasi niaga hadapan getah serantau menjelang pelaksanaan tarif awal Kesatuan Eropah (EU) terhadap kenderaan elekterik (EV) China, kata peniaga.

Beliau berkata pasaran niaga hadapan getah Jepun merosot pada hari, menjejaki kerugian akibat kelemahan harga getah sintetik ketika meneruskan aliran penurunan berikutan permintaan komoditi itu yang suram selain usaha meningkatkan stok bekalan.

“Bagaimanapun, kerugian seterusnya dapat dikekang oleh prestasi ringgit yang susut nilai berbanding dolaar Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan harga minyak mentah akibat kelemahan ekonomi AS yang dijangka mendorong Rizab Persekutuan AS melonggarkan kadar faedah utama negara itu tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, katanya, China juga berharap rundingan dengan EU membabitkan tarif awal berkaitan EV China dijadualkan pada 4 Julai depan, akan menghasilkan penyelesaian yang saling memanfaatkan.

“Harga minyak meningkat pada Jumaat yang juga kenaikan bagi minggu ketiga berturut-turut, susulan kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik yang meruncing serta gangguan akibat faktor iklim yang memberi kesan terhadap permintaan,” katanya.

Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, meningkat 0.59 peratus kepada AS$86.90 setong.

Beliau berkata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan ekonomi AS tumbuh lebih perlahan berbanding unjuran pada 2.6 peratus pada 2024.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 susut sebanyak 1.5 sen kepada 785.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 7.5 sen kepada 708 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi fizikal SMR 20 berada pada 782.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 703.5 sen sekilogram.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...