Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Mekanisme ICPT, tidak jejaskan operasi perniagaan
Perniagaan

Mekanisme ICPT, tidak jejaskan operasi perniagaan

Mekanisme ICPT, tidak jejaskan operasi perniagaan

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 1 Julai-Pelaksanaan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) akan bersifat neutral dan tidak akan menjejaskan operasi perniagaan serta kedudukan kewangan syarikat.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkata pengumuman Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) baru-baru ini adalah susulan keputusan kerajaan untuk meneruskan mekanisme ICPT dari 1 Julai hingga 31 Disember 2024.

Keputusan itu dibuat untuk menangani kos penjanaan tambahan berikutan kenaikan harga bahan api yang digunakan untuk bekalan elektrik dari 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

Setakat ini, kerajaan telah berjaya melaksanakan 20 kitaran ICPT sejak mekanisme itu diperkenalkan pada 2015.

Terdahulu, PETRA mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2024.

Pengguna komersial dan industri akan mengalami penurunan kadar ICPT sebanyak 1 sen/kilowatt jam dalam tempoh tersebut.

BERITA BERKAITAN:

  • Tarif elektrik kekal, terima reaksi positif masyarakat
  • Tiada kenaikan tarif elektrik, rakyat tarik nafas lega
  • Tiada kenaikan tarif elektrik di Semenanjung bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2024

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...