Friday , 27 December 2024
Home Perniagaan Operasi LNG Kanada, PETRONAS sedia tiga kapal
Perniagaan

Operasi LNG Kanada, PETRONAS sedia tiga kapal

Operasi LNG Kanada, PETRONAS sedia tiga kapal

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bersedia memulakan operasi kemudahan gas asli cecairnya (LNG) di Kanada tahun ini / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bersedia memulakan operasi kemudahan gas asli cecairnya (LNG) di Kanada tahun ini dengan tiga kapal LNG cekap tenaga baharu yang dibina.

Syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia itu menamakan tiga kapal LNG cekap tenaga baharu sebagai Puteri Sejinjang, Puteri Mahsuri dan Puteri Mayang bagi penghantaran dari Amerika Utara kepada pelanggannya.

PETRONAS dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah kapal LNG khusus untuk operasi PETRONAS di Amerika Utara adalah sebanyak enam kapal.

Penamaan tiga kapal pertamanya diadakan pada Januari 2024 dengan dinamakan sebagai Puteri Saadong, Puteri Ledang dan Puteri Santubong.

Kapal ini dibina di limbungan Hyundai Heavy Industries di Korea Selatan, yang setiap satunya mempunyai kapasiti kargo 174,000 meter padu.

Dengan kapal baharu ini, PETRONAS mengukuhkan komitmennya untuk menyampaikan bahan api pilihan yang sangat diperlukan itu kepada pelanggannya dengan cara yang cekap dan boleh dipercayai.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...