Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan CTIM azam tingkat peranan dalam profesion percukaian
Perniagaan

CTIM azam tingkat peranan dalam profesion percukaian

CTIM azam tingkat peranan dalam profesion percukaian

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Institut Percukaian Malaysia (CTIM) komited untuk terus memperkasa dan mempertingkatkan peranannya dalam profesion percukaian.

Presidennya, Soh Lian Seng berkata, pihaknya akan memberi tumpuan meningkatkan perkhidmatan ahli seterusnya menyumbang kepada landskap ekonomi dan sosial Malaysia yang lebih meluas.

Beliau yang baru dilantik sebagai presiden bagi penggal 2024-2025 berkata, tiga matlamat utama ditetapkan untuk mencapai hasrat tersebut.

Ini termasuk memainkan peranan utama dalam dasar dan pembaharuan cukai serta menggalakkan kesedaran dan kefahaman orang ramai tentang percukaian.

\”Kita hendaklah memainkan peranan yang proaktif bagi meningkatkan penglibatan bersama badan kerajaan, industri dan pihak berkepentingan lain untuk mempengaruhi dasar dan pembaharuan cukai.

\”Ini bagi menghasilkan sistem cukai yang adil, cekap dan kondusif untuk pertumbuhan ekonomi,\”katanya.

Beliau juga mencadangkan kerjasama dengan institusi pendidikan untuk menjadikan pendidikan cukai sebahagian daripada kurikulum dan menggalakkan celik cukai dalam kalangan pelajar.

Sementara itu katanya, CTIM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri akan menganjurkan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 pada 22 dan 23 Julai ini yang dijangka dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...