Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Petronas umum pengeluaran gas pertama lapangan Jerun, Sarawak
Perniagaan

Petronas umum pengeluaran gas pertama lapangan Jerun, Sarawak

Petronas umum pengeluaran gas pertama lapangan Jerun, Sarawak

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan pengeluaran gas pertama dari Lapangan Jerun, di Blok SK 408, yang terletak kira-kira 160 kilometer dari pantai Sarawak, luar pesisir Malaysia, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pengendali blok berkenaan, Sapura OMV Upstream (Sarawak) Inc, memegang 40 peratus kepentingan, manakala baki 60 peratus dikongsi bersama Petronas Carigali Sdn Bhd dan Sarawak Shell Bhd.

\”Lapangan Jerun ditemukan buat pertama kali pada 2015 oleh Sapura OMV, diikuti penerokaan dan penggalian sembilan telaga di lapangan itu dari 2014 hingga 2015.

\”Ia mampu menghasilkan sehingga 550 juta kaki padu standard setiap hari, projek ini bersedia untuk menangani permintaan tenaga global yang semakin meningkat,\” katanya.

Naib Presiden Kanan Petronas pengurusan petroleum Malaysia Datuk Bacho Pilong berkata projek itu menjanjikan sumbangan besar bekalan gas Malaysia untuk jangka panjang.

“Sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada kerajaan Sarawak dan pihak berkuasa tempatan telah memainkan peranan penting dalam menjayakan projek ini,” katanya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...