Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Segmen hiliran, JPG sasar sumbang 20 peratus
Perniagaan

Segmen hiliran, JPG sasar sumbang 20 peratus

Segmen hiliran, JPG sasar sumbang 20 peratus

Pengarah urusan JPG, Mohd Faris Adli Shukery

KUALA LUMPUR, 9 Julai– Johor Plantations Group Bhd (JPG) menyasarkan sumbangan 20 peratus daripada aktiviti segmen hilirannya kepada hasil syarikat menjelang 2027.

Pengarah urusannya, Mohd Faris Adli Shukery berkata, ketika ini JPG terlibat dalam pemprosesan hiliran bagi penapisan minyak dan lelemak, khusus bagi pengeluaran makanan.

\”Kami sedang membangunkan kilang penapisan dengan usahasama Fuji Oil, supaya dapat melalui beberapa proses pecahan yang akan dilakukan bersama-sama Fuji Oil di kilang penapisan yang kami sediakan.\”

\”Kemudiannya ia, akan menjadi sebahagian daripada bekalan ke kemudahan terakhir yang akan mengembangkan lagi produk tersebut kepada produk pengguna atau perniagaan yang diperlukan di pasaran,\” kata Mohd Faris kepada pemberita.

Bercakap dalam sidang media penyenaraian JPG dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia, jelasnya sejumlah RM735 juta berjaya diraih daripada tawaran awam permulaan (IPO).

Daripada jumlah itu, RM446 juta akan digunakan untuk pembangunan kompleks bersepaduminyak sawit mampan di Estet Pasir Logok, Johor.

Sementara itu katanya, semakan semula levi keuntungan luar biasa, WPL ke atas minyak sawit dijangka akan memberi kesan kepada syarikat perladangan.

Namun, syarikat akan kekal fokus kepada penciptaan nilai menerusi tawaran produk yang berbeza dari segi pensijilan dan kualiti.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...