Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan MSM menyusut berikutan kebimbangan peningkatan dalam pengeluaran
Perniagaan

Niaga hadapan MSM menyusut berikutan kebimbangan peningkatan dalam pengeluaran

Niaga hadapan MSM menyusut berikutan kebimbangan peningkatan dalam pengeluaran

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Julai– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap pengeluaran dan paras stok yang bertambah dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Selain itu, kelembapan dalam pasaran minyak kacang soya turut menyumbang kepada penurunan harga, katanya.

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,900 setan dan rintangan pada RM4,050,” katanya kepada Bernama.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani menjelaskan niaga hadapan MSM dilihat didagangkan lebih rendah secara mendadak hari ini selepas niaga hadapan minyak sayuran China, minyak soya, minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago, niaga hadapan ICE canola dan niaga hadapan biji sesawi Euronext menyaksikan penjualan besar-besaran pada waktu Asia semalam.

“Penurunan harga tenaga,turut menjejaskan harga MSM terutamanya dalam diesel sulfur ultra-rendah, yang telah mengecilkan margin biodiesel minyak sawit,” tambahnya.

Pada penutup, kontrak bulan semerta Julai 2024 serta Ogos 2024 susut RM73 setiap satu kepada RM4,015 dan RM3,980 satu tan.

September 2024 turun RM83 kepada RM3,959 satu tan, Oktober 2024 merekodkan kejatuhan sebanyak RM77 kepada RM3,949 , November 2024 merosot RM73 kepada RM3,944, dan Disember 2024 kurang sebanyak RM70 kepada RM3,949 satu tan.

Jumlah dagangan menokok kepada 81,428 lot berbanding 51,843 lot yang dicatatkan semasa Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 235,174 kontrak daripada 233,507 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan adalah RM50 lebih rendah pada RM4,080 satu tan.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...