Friday , 27 December 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 5 Julai- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan data yang lemah di Amerika Syarikat (AS) menyokong kepada penurunan kadar, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7065/7100 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi yang kurang menggalakkan dari AS menunjukkan ekonomi yang lemah dan memperkukuh keperluan kepada Rizab Persekutuan untuk melonggarkan dasar monetari bagi memacu pertumbuhan.

“Peserta pasaran menunggu keputusan senarai gaji bukan ladang pada malam ini, dijangka turun kepada 190,000 pada Jun daripada 272,000 pada bulan sebelumnya.

“Pasaran buruh yang lemah akan menyokong pandangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menurunkan kadar faedah yang menjadi penanda aras untuk memacu trajektori pertumbuhan kepada tahap yang lebih mampan,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata paras inflasi yang tinggi terus menjadi kebimbangan yang ketara, memerlukan dasar monetari yang ketat.

“Pada dasarnya, Fed berada di persimpangan antara melonggarkan dasarnya untuk mengekalkan pertumbuhan dan memastikan inflasi ke arah sasaran dua peratus.

“Data akan membimbing sebarang kemungkinan perubahan dalam pendirian dasar monetari,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9217/9242 daripada 2.9195/9209 pada Khamis dan dibuka rendah kepada 6.0069/0114 berbanding pound daripada 6.0022/0048 semalam.

Ia turut susut berbanding euro kepada 5.0896/0934 daripada 5.0837/0859 sebelum ini.

Ringgit juga ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN, bagaimanapun naik berbanding rupiah Indonesia.

Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 288.1/288.5 daripada 288.2/288.5 pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4840/4868 daripada 3.4830/4848 semalam dan berkurangan kepada 12.8572/8713 berbanding baht Thailand daripada 12.8483/8590 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut rendah berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.06 daripada 8.03/8.04 semalam.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...