Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan Harga getah ditutup tinggi bagi hari ketiga, seiring prestasi pasaran serantau
Perniagaan

Harga getah ditutup tinggi bagi hari ketiga, seiring prestasi pasaran serantau

Harga getah ditutup tinggi bagi hari ketiga, seiring prestasi pasaran serantau

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Harga Getah Mutu Malaysia SMR 20 ditutup tinggi pada Khamis yang juga hari ketiga berturut-turut dan seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.

Sentimen itu juga, katanya, didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata unjuran data ekonomi China yang kukuh berserta langkah-langkah rangsangan bagi menyokong pemulihan ekonominya, turut membantu mengekalkan momentum pasaran.

“Bagaimanapun, peningkatan seterusnya dikekang oleh pengukuhan prestasi nilai ringgit berbanding dolar AS menjelang pengumuman laporan inflasi negara maju itu yang penting,” katanya kepada Bernama.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 meningkat 7.5 sen kepada 786.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 2.0 sen kepada 660 sen sekilogram.

Setakat 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 782.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 657 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...