Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Julai– Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM41.35 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.09 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tender repo berbalik bernilai RM1.50 bilion bagi 31 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan perjanjian repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional RM42.9 bilion dan tender semalaman Murabahah RM22.1 bilion.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...