Wednesday , 25 December 2024
Home Perniagaan Ekonomi Malaysia pada landasan betul, tingkat keyakinan pelabur ke arah negara berpendapatan tinggi
Perniagaan

Ekonomi Malaysia pada landasan betul, tingkat keyakinan pelabur ke arah negara berpendapatan tinggi

Ekonomi Malaysia pada landasan betul, tingkat keyakinan pelabur ke arah negara berpendapatan tinggi

Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Tindakan JP Morgan menyemak naik penarafan terhadap Malaysia dan pengiktirafan Majalah Forbes terhadap pelaburan negara, memberi signal jelas usaha dilakukan kerajaan berada pada landasan betul.

Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pengiktirafan itu menandakan pembaharuan ekonomi dalam negara berjalan seiring dengan hasrat Kerangka Ekonomi MADANI.

\”Ini sebenarnya yang akan menarik pelabur luar dan juga industri-industri utama di luar negara untuk melihat potensi Malaysia dalam aspek pelaburan dan juga perkembangan syarikat mereka dan juga pemindahan teknologi dan kepakaran.

\”Keduanya, kita lihat indikator-indikator ini membawa satu langkah yang baharu, menunjukkan bahawa Malaysia masih komited dalam menjdkan negara kita sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambah Dr. Zokhri, pengiktirafan di peringkat global ini memberikan petanda keyakinan dan menjadikan reputasi negara di peringkat antarabangsa semakin baik dan positif.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...