Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas dijangka didagangkan tinggi minggu depan
Perniagaan

Niaga hadapan emas dijangka didagangkan tinggi minggu depan

Niaga hadapan emas dijangka didagangkan tinggi minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan, selepas inflasi Amerika Syarikat (AS) mereda lebih daripada jangkaan sehinggakan mencetuskan harapan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mula mengurangkan kadar faedah pada September, kata penganalisis.

Walaupun belum ada jaminan, harga emas lazimnya meningkat apabila kadar faedah menurun dan jatuh apabila kadar bertambah.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak Julai 2024 naik kepada US$2,408.00 setiap auns troy berbanding US$2,370.50 setiap auns troy yang disaksikan semasa minggu sebelum ini, manakala Ogos 2024 melonjak kepada US$2,424.20 setiap auns troy daripada US$2,386.50 setiap auns troy.

Kontrak September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 masing-masing berakhir lebih tinggi pada US$2,424.20 setiap auns troy daripada US$2,386.50 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menyusut kepada 21 lot berbanding 42 lot, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 12 kontrak daripada enam kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,409.20 setiap auns troy, berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 11 Julai.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...