Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan
Perniagaan

Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan

Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Dagangan pasaran getah tempatan dijangka dalam julat kecil pada minggu depan susulan aktiviti peningkatan semula stok simpanan yang memberi kesan dari segi mengekalkan harga dan permintaan terhadap komoditi itu.

Pakar industri Dennis Low berkata pengguna getah juga dilihat menyusut berikutan kelembapan ekonomi di peringkat global.

“China yang juga pembeli utama getah, telah mengehadkan pembeliannya, terutama membabitkan produk getah busa,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ini diburukkan lagi dengan krisis perkapalan Laut Merah, selain risiko geopolitik semasa yang memberi tekanan dan menyebabkan harga komoditi tertentu susut ke paras di luar jangkaan.

Pada masa sama, Low turut mengingatkan mengenai impak fenomena cuaca La Nina yang dijangka bermula pada bulan ini.

“Pedagang perlu lebih berhati-hati kerana sebarang cuaca buruk boleh menjejaskan pengeluaran getah,” katanya.

Dalam pada itu, seorang peniaga lain berkata getah akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan paras harga minyak mentah penanda aras global susulan jangkaan penurunan kadar faedah utama di AS.

“Berikutan itu, kalangan pedagang akan menumpukan sebarang petunjuk ekonomi lain, terutama membabitkan negara-negara kuasa ekonomi.

“Ini seperti pengumuman dasar China akan datang selain memantau perkembangan ketegangan membabitkan tarif China-Eropah dan geopolitik di Timur Tengah,” katanya.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 menokok enam sen kepada kepada 785 sen sekilogram daripada minggu lepas manakala lateks pukal susut 25 sen kepada 654 sen.

Pada pukul 5.00 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada di paras 777.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 650 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...