Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Perniagaan

Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Foto hiasan/RTM

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara dengan penanda aras ekuiti negara maju itu terus meningkat didorong oleh jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengurangkan kadar faedah.

Pada jam 8 pagi ini, nilai ringgit menokok ke paras 4.6700/6800 berbanding dolar AS daripada 4.6745/6790 di akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengumuman data ekonomi AS baru-baru ini, hanya mengukuhkan lagi andaian bahawa pihak Fed akan mengurangkan kadar faedah utama negara itu.

“Laporan sebelum ini menunjukkan data Jualan Runcit AS mendatar pada 0.0 peratus bagi bulan ke bulan pada Jun dengan banyak pihak menjangkakan kadar pertumbuhan pada -0.3 peratus manakala bulan sebelunya 0.3 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di sebalik perkembangan itu, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sedikit sebanyak 0.05 peratus kepada 104.239, sekali gus menunjukkan dolar AS kekal mendapat sokongan baik.

Dalam pada itu di peringkat tempatan, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ini termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9493/9560 daripada 2.9503/9534 semalam, naik berbanding pound Britain kepada 6.0603/0732 daripada 6.0614/0673 sebelum ini dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0912/1021 daripada 5.0938/0987.

Ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Prestasi ringgit meningkat semula berbanding dolar Singapura kepada 3.4747/4827 daripada 3.4783/4819, meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 288.5/289.4 daripada 288.8/289.3 sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9683/13.0025 daripada 12.9459/9634 semalam dan mendatar berbanding peso Filipina pada 8.00/8.02 daripada 8.00/8.01 sebelumnya.
– Livevartha

TAG: , , , ,

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...