Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM37.29 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam sebanyak RM24.09 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menjalankan masing-masing tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion selama 33 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM150 juta bagi tempoh 92 hari.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan perjanjian repo berbalik, jual beli dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM38.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM24.2 bilion. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...