Wednesday , 25 December 2024
Home Perniagaan MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini – Tengku Zafrul
Perniagaan

MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini – Tengku Zafrul

MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini – Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul pada pembentangan Kad Laporan MITI bagi suku kedua 2024 di sini hari ini.

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengunjurkan pertumbuhan pelaburan meningkat sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini walaupun dalam persekitaran pemulihan ekonomi domestik.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sasaran yang ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu sejajar dengan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Pada suku pertama 2024, kita telah membuat pengumuman, peningkatan pelaburan sebanyak 13 peratus berbanding suku tahun yang sama pada tahun lepas. Buat masa ini, sasaran pelaburan secara rasminya pada 5.0 peratus tetapi kami akan menyemak semula ini berdasarkan (keperluan) perancangan.

“Pada masa ini, 5.0 peratus sasaran berdasarkan kaitan dengan sasaran KDNK antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus tetapi kita akan lihat, ada perkara di luar kawalan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pembentangan Kad Laporan MITI bagi suku kedua 2024 di sini hari ini.

Mengenai masa depan, Zafrul berkata sektor ekonomi digital dan ekonomi hijau akan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, selain daripada sektor perkhidmatan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...