Wednesday , 25 December 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan MSM ditutup tinggi dipacu sentimen eksport yang kukuh
Perniagaan

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi dipacu sentimen eksport yang kukuh

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi dipacu sentimen eksport yang kukuh

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, dipacu oleh sentimen eksport yang positif yang meningkatkan dinamik pasaran, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata, keadaan eksport yang menggalakkan dibuktikan dengan permintaan kukuh dan unjuran perdagangan yang optimistik, terus meningkatkan keyakinan pelabur dan menyokong trajektori menaik dalam harga niaga hadapan MSM.

\”Kami mendapati paras sokongan pada RM3,850 satu tan dan paras rintangan pada RM4,000 satu tan,\” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat RM8 kepada RM3,985 satu tan, September 2024 naik RM6 kepada RM3,959 satu tan dan Oktober 2024 bertambah RM5 kepada RM3,937 satu tan.

Kontrak November 2024 naik RM3 kepada RM3,924 satu tan, manakala Disember 2024 dan Januari 2025 masing-masing naik RM4 kepada RM3,925 satu tan dan RM3,934 satu tan.

Jumlah dagangan bagaimanapun jatuh kepada 58,517 lot daripada 59,127 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 221,883 kontrak daripada 218,883 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan meningkat RM10 kepada RM4,040 satu tan. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...