Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit susut berbanding dolar
Perniagaan

Ringgit susut berbanding dolar

Ringgit susut berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peserta pasaran terus mengambil keuntungan sementara menunggu perkembangan selanjutnya kadar faedah AS.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6840/6875 daripada paras penutup 4.6680/4710 pada Khamis, turun 160 mata asas selepas meningkat sebanyak satu peratus berbanding dolar AS sejak awal bulan ini.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku sebelumnya yang menunjukkan negara berada di landasan untuk mencapai pertumbuhan empat hingga lima peratus tahun ini.

“Malaysia mungkin dapat melepasi sasaran itu sekiranya separuh kedua tahun ini terus mencatatkan prestasi lebih baik daripada tempoh enam bulan pertama.

“Kami melihat ini sebagai petanda dasar monetari Malaysia akan terus dikekalkan walaupun negara lain di pasaran maju dijangka melakukan perubahan kerana sebahagian daripada mereka sudahpun menetapkan pelonggaran monetari.

“Perbezaan kadar faedah yang besar antara Kadar Dasar Semalaman dan kadar faedah penanda aras negara maju akan mengecil. Ini seterusnya akan meningkatkan daya tarikan ringgit. Justeru itu, ringgit sepatutnya meningkat menjelang akhir tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata Indeks Dolar AS (DXY) didagangkan melepasi paras 104.25 hari ini, manakala mata wang serantau jatuh di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap risiko geopolitik dan kemungkinan perubahan dasar di Amerika Syarikat.

\”Selain itu, meskipun tuntutan pengangguran Amerika Syarikat meningkat kepada 243,000, data pembuatan yang kukuh telah menyokong Indeks Dolar,\” katanya.

Sementara itu, unit tempatan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit melantun semula berbanding yen Jepun kepada 2.9760/9786 daripada paras penutup 2.9827/9849 pada Khamis, naik berbanding pound Britain kepada 6.0452/0497 daripada 6.0628/0667 dan menokok berbanding euro kepada 5.0957/0995 daripada 5.1021/1054 sebelumnya.

Ringgit juga susut berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain kecuali baht Thailand.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4833/4862 daripada paras penutup 3.4807/4832 pada Khamis, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 289.2/289.6 daripada 288.9/289.2 namun meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9075/9221 daripada 12.9750/9887.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.04 daripada 8.01/8.02 pada Khamis.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...