Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah Malaysia dijangka pulih minggu depan
Perniagaan

Pasaran getah Malaysia dijangka pulih minggu depan

Pasaran getah Malaysia dijangka pulih minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Harga pasaran getah tempatan dijangka pulih minggu depan berikutan keadaan cuaca buruk di negara pengeluar getah, kata pakar industri.

Merujuk Jabatan Meteorologi Thailand, Denis Low berkata agensi itu meramalkan Thailand akan mengalami hujan lebat dan memberi amaran mengenai banjir kilat.

“Penoreh getah akan lebih berhati-hati dan dijangka mengurangkan aktiviti menoreh dan pemprosesan getah lain.

“Pengeluaran getah yang rendah akan meningkatkan aktiviti menyimpan dan menambah stok oleh pengguna,” katanya kepada Bernama.

Low berkata situasi geopolitik semasa dan krisis Laut Merah menyebabkan masalah rantaian bekalan dan menjejaskan harga komoditi, membawa kepada kekurangan sumber utama seperti minyak dan gas yang menjejaskan pengeluaran perindustrian di seluruh dunia.

Katanya kadar pertukaran yang tidak menentu akan memberi impak yang ketara kepada harga getah dan mewujudkan dilema berikutan kadar pertukaran semasa cenderung dipengaruhi oleh geopolitik berbanding ekonomi sebenar.

“Ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi dunia boleh menjadi positif atau ancaman kepada penggunaan getah.

“Oleh itu, pembeli cenderung untuk berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga berkata komoditi itu akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras dengan optimisme terhadap penurunan kadar faedah AS yang lebih awal.

“Peniaga akan memantau petunjuk ekonomi seterusnya daripada negara-negara utama terutamanya dasar ekonomi China yang akan datang selain perkembangan mengenai ketegangan tarif China-Eropah dan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah,” katanya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk SMR 20 merosot 13 sen kepada 772 sen sekilogram daripada minggu lepas manakala susu getah pukal susut 39 sen kepada 615 sen daripada sebelum ini.

Pada pukul 5.00 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 778 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 615 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...