Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Unjuran KDNK 5.8 peratus, bukti aktiviti ekonomi terus aktif
Perniagaan

Unjuran KDNK 5.8 peratus, bukti aktiviti ekonomi terus aktif

Unjuran KDNK 5.8 peratus, bukti aktiviti ekonomi terus aktif

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2024, pada 5.8 peratus membuktikan aktiviti ekonomi dalam negara bertambah aktif.

Ketua Ahli Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sektor pembinaan dan pertanian menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan positif tersebut.

\”Beberapa sektor dilihat mencatat pertumbuhan yang begitu tinggi, sektor yang berkait rapat dengan pembinaan, kekal tumbuh pada kadar dua digit. Ini menunjukkan pelaksanaan projek infrastruktur seperti ECRL, MRT, pada masa akan datang menyumbang kepada sektor pembinaan.

\”Kalau kita lihat aktiviti ekonomi dalam peringkat pertanian, sektor perladangan terutamanya kelapa sawit mencatat pertumbuhan yang positif,\” katanya kepada RTM.

Tambah Mohd Afzanizam, aktiviti ekonomi yang semakin baik turut menyumbang kepada peluang pekerjaan dan pendapatan yang tinggi.

\”Sehubungan itu, para peniaga perlu merebut peluang mencapai keuntungan dalam keadaan semasa dan akan datang,\” katanya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...