Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Kenanga kekal unjuran pertumbuhan KDNK suku kedua 2024 pada 4.5-5.0%
Perniagaan

Kenanga kekal unjuran pertumbuhan KDNK suku kedua 2024 pada 4.5-5.0%

Kenanga kekal unjuran pertumbuhan KDNK suku kedua 2024 pada 4.5-5.0%

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 22 Julai– Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhannya bagi 2024 pada 4.5 peratus hingga 5.0 peratus, dengan kecenderungan meningkat ke arah mencapai sasaran lebih tinggi.

Menurutnya ini dilaksanakan walaupun jangkaan awalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi suku kedua 2024 adalah lebih kukuh berbanding jangkaan iaitu pada 5.8 peratus.

“Walaupun kami menjangkakan pertumbuhan stabil pada separuh kedua 2024, risiko penurunan adalah berterusan, terutama berpunca daripada sektor luar.

“Risiko ini termasuk potensi kelembapan dalam ekonomi maju berikutan kesan persekitaran kadar faedah lebih tinggi seperti yang dicerminkan dalam pasaran buruh yang semakin reda di Amerika Syarikat (AS),” katanya menerusi nota penyelidikan Economic Viewpoint hari ini.

Kenanga berpandangan bahawa prestasi eksport kekal lemah dan bergantung kepada pemulihan ekonomi China dan prestasi ekonomi AS.

Menurutnya ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, terutama kesan daripada krisis Laut Merah yang telah menyebabkan kesesakan di pelabuhan global dan kelewatan penghantaran, ketegangan baharu AS-China serta ketidaktentuan disebabkan pilihan raya global khususnya di AS, boleh memberi kesan kepada sentimen dan rantaian bekalan global, seterusnya menjejaskan prospek pertumbuhan.

Dari segi dalam negara, katanya pembaharuan fiskal kerajaan, khususnya rasionalisasi subsidi bahan api, boleh menjejaskan perbelanjaan pengguna, meskipun ia perlu untuk meningkatkan kedudukan fiskal negara dan membina semula penampan masa depan.

“Malah, kami terus menjangkakan permintaan domestik akan kekal sebagai penyokong utama trajektori pertumbuhan, memandangkan pasaran buruh yang stabil dan kesan positif daripada pengeluaran Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selain peningkatan kedatangan pelancong yang berterusan,” katanya.

Kenanga turut menjangkakan pemulihan beransur-ansur dalam sektor perkilangan, terutama segmen berorientasikan eksport dan berkaitan teknologi berikutan kitaran meningkat teknologi, yang akan terus menyokong pertumbuhan domestik.

\”Ini akan diperkukuhkan lagi dengan realisasi pelaburan asing dan domestik yang diluluskan sebelum ini,\” katanya.

DOSM dalam kenyataan jangkaan awalan KDNK baru-baru ini berkata ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024 (suku pertama 2024: 4.2 peratus), menjadikan pertumbuhan purata bagi separuh pertama 2024 kepada 5.0 peratus.

Kenanga berkata angka ini lebih tinggi berbanding unjurannya iaitu 5.1 peratus dan konsensus Bloomberg pada 4.7 peratus, dengan 16 menganggarkan pada julat 3.7 peratus hingga 5.1 peratus.

DOSM akan mengeluarkan prestasi KDNK suku kedua 2024 sebenar, yang dibahagikan kepada permintaan dan penawaran yang terperinci pada 16 Ogos, katanya.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...