Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan  Niaga hadapan emas ditutup rendah
Perniagaan

 Niaga hadapan emas ditutup rendah

  Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Julai– Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah untuk hari dagangan keempat berturut-turut, menjejaki pergerakan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 merosot kepada US$2,406.60 setiap auns troy daripada US$2,407.00 setiap auns troy pada Isnin, manakala Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024, dan Februari 2025 turun kepada US$2,420.00 setiap auns troy daripada US$2,423.00 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 22 lot daripada 12 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 47 kontrak daripada 39 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,392.70 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 22 Julai, 2024.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...