Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh pada Rabu dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM38.62 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.64 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM800 juta selama 33 hari serta dua tender repo berbalik, masing-masing terdiri daripada tender RM1.5 bilion selama 33 hari dan RM1 bilion selama 92 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu menawarkan tender semalaman pasaran wang konvensional bernilai RM41.1 bilion dan tender semalaman pasaran wang Murabahah bernilai RM22.6 bilion. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...