Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama
Perniagaan

Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama

Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 Julai- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun mata wang negara maju itu kekal meningkat berbanding mata wang lain, kata penganalisis.

Perkembangan itu berikutan jangkaan AS menurunkan kadar faedah utamanya.

Pada 6.00 petang, ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dilihat sebagai agak mengukuh pada paras 4.67.

Beliau juga menyifatkan kadar inflasi Malaysia bagi Jun 2024 sebagai stabil pada 2.0 peratus yang menunjukkan impak daripada peningkatan harga bahan api diesel pada 10 Jun lepas, berupaya dikekang pada masa ini.

“Memandangkan risiko keseimbangan inflasi yang cenderung meningkat, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan pendirian dasar monetari semasa.

“Keadaan itu positif bagi ringgit ketika kadar faedah di negara-negara kuasa ekonomi lain, termasuk AS lebih menjurus untuk diturunkan,” katanya kepada Bernama.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB, Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan pula menjangkakan sentimen pasaran kembali pulih susulan pengumuman data-data ekonomi seperti Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan bagi Julai pada malam ini, angka awal Keluaran Dalam Negara Kasar untuk suku kedua esok dan laporan Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi terkini pada Jumaat.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 6.0291/0330 daripada 6.0320/0352, meningkat berbanding euro kepada 5.0633/0665 daripada 5.0771/0798 namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.0173/0196 daripada 2.9958/9976.

Prestasi ringgit bagaimanapun bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, termasuk mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 287.9/288.3 daripada 288.1/288.4 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4727/4752 daripada 3.4731/3752 pada akhir urus niaga semalam.

Berbanding baht Thailand, ringgit susut kepada 12.9133/9266 daripada 12.9004/9116 dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.99/8.00, sebelum ini. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...