Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit kukuh berbanding dolar AS, capai paras 4.66
Perniagaan

Ringgit kukuh berbanding dolar AS, capai paras 4.66

Ringgit kukuh berbanding dolar AS, capai paras 4.66

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 Julai- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong minat belian dalam keadaan jangkaan penurunan kadar faedah oleh ekonomi utama.

Pada 6.00 petang, ringgit menokok kepada 4.6600/6625 berbanding dolar AS daripada 4.6705/6735 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, jangkaan penurunan kadar faedah oleh ekonomi utama telah mewujudkan permintaan yang lebih baik terhadap ringgit memandangkan perbezaan kadar faedah negatif, dengan bank pusat utama dijangka berkurangan.

Beliau berkata pada minggu ini, Bank of Canada mengurangkan faedah sebanyak 25 mata asas manakala People’s Bank of China turut mengumumkan penurunan kadar yang mengejutkan sebanyak 20 mata asas terhadap kemudahan pinjaman jangka sederhana untuk setahun, hari ini.

“Cabaran seterusnya adalah mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS minggu depan.

“September dilihat akan menjadi tempoh masa untuk Rizab Persekutuan (Fed) AS mula mengurangkan Kadar Dana Fed,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0039/0072 daripada 6.0291/0330 semasa ditutup pada Rabu dan naik berbanding euro kepada 5.0570/0597 daripada 5.0633/0665 semalam, tetapi rendah berbanding yen Jepun kepada 3.0598/0616 daripada 3.0173/0196 sebelumnya.

Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding mata wang Asean apabila meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 286.7/287.0 daripada 287.9/288.3 semalam, dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.4714/4735 daripada 3.4727/4752 sebelum ini.

Ringgit turut naik berbanding baht Thailand kepada 12.8875/9005 daripada 12.9133/9266 semasa ditutup pada Rabu dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.95/7.96 daripada 7.99/8.00 sebelumnya. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...