Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Perniagaan

Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Julai- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan berikutan cuaca yang tidak menentu di kawasan pengeluar getah.

Pakar industri, Denis Low berkata ini akan menjejaskan pengeluaran sekali gus mendorong aktiviti pengisian semula stok.

Pengisian stok akan mempengaruhi kenaikan harga getah berikutan bekalan mungkin berkurangan.

Tambahnya, gangguan penghantaran susulan krisis berterusan di Laut Merah dan situasi geopolitik semasa akan turut menjejaskan rantaian bekalan.

Low berkata keadaan itu mungkin menyebabkan harga komoditi tidak menentu kerana pertempuran berterusan di Laut Merah akan mengganggu laluan perkapalan.

Permintaan hanya boleh meningkat apabila perniagaan dan industri getah stabil.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...