Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh pada Khamis, dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM35.13 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.15 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan satu tender repo berbalik RM1.5 bilion bagi 32 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM36.6 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM24.2 bilion.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...