Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan MITI akan kemuka cadangan Belanjawan 2025 dalam masa dua minggu – Tengku Zafrul
Perniagaan

MITI akan kemuka cadangan Belanjawan 2025 dalam masa dua minggu – Tengku Zafrul

MITI akan kemuka cadangan Belanjawan 2025 dalam masa dua minggu – Tengku Zafrul

Foto Fail: Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 1 Ogos– Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengemukakan cadangan Belanjawan 2025 kementerian itu secara rasmi kepada Kementerian Kewangan pada 12 Ogos, 2024.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pada 5 dan 6 Ogos, MITI akan mengadakan mesyuarat dengan pemegang taruh untuk mengumpulkan pelbagai cadangan dan pandangan daripada pemain industri.

“Pihak MITI ada beberapa cadangan tetapi seperti saya tegaskan, ia perlu melibatkan pemegang taruh yang lain, terutamanya pihak industri dan dewan perniagaan.

“Kami mahu mendengar pandangan mereka dan idea belanjawan mereka seperti diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pastikan ada sesi libat urus dengan semua pemegang taruh,” katanya selepas Persidangan Ekonomi & Kewangan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini.

Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Okt, 2024.

Semalam, Kementerian Kewangan menggaris tiga keutamaan jangka pendek bagi Belanjawan 2025 untuk mencapai objektif Ekonomi MADANI.

Tiga matlamat tersebut ialah; untuk meningkatkan siling dari segi penyusunan semula ekonomi ke arah daya saing dan aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi; meningkatkan lantai dari segi menambah baik kualiti hidup dan keterangkuman peluang; serta memperkukuh tadbir urus dan penyampaian awam. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...