Home Ekonomi Selangor tumpu majukan sektor perkhidmatan dalam tempoh lima tahun – Amirudin
Ekonomi

Selangor tumpu majukan sektor perkhidmatan dalam tempoh lima tahun – Amirudin

Selangor tumpu majukan sektor perkhidmatan dalam tempoh lima tahun – Amirudin

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas hadir pada sesi \’Dialog Khas Malaysia Destinasi Pelaburan Terkemuka: Memanfaatkan Kekuatan Tempatan untuk Kemakmuran Serantau\’ sempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Livevartha) — Kerajaan Selangor akan menumpukan pembangunan sektor perkhidmatan bagi tempoh lima tahun ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata ini termasuk pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Kuala Langat yangdijangka memacu pertumbuhan ekonomi lebih tinggi di Selangor.

"Peralihan kepada sektor perkhidmatan berdasarkan dalam talianmerupakan antara kunci utama yang harus ditumpukan pada masa depan bagi memacu ekonomi di Selangor dan Malaysia, amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panelis sesi ‘Dialog Khas Mengenai Destinasi Pelaburan Utama: Memanfaatkan Kekuatan Tempatan bagi Kemakmuran Serantau’ pada Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor (SABC) 2024 di sini, hari ini.

Sesi dialog yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow itu membincangkan kekuatan kedua-dua negeri dalam menarik pelaburan masuk ke dalam negara.

Terdahulu, pada sesi itu Amirudin menggariskan beberapa keunikan Selangor yang mampu menarik pelaburan ke negeri itu,termasuk kedudukan di tengah-tengah Semenanjung Malaysia dandilengkapi infrastruktur mega seperti lapangan terbang.

Kemudahan lain seperti pelabuhan laut dan jaringan lebuh raya selain pembangunan lebih banyak kawasan perindustrian yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonominya.

"Selangor juga melahirkan lebih 40,000 siswazah berpotensi daripada 150 institusi pengajian tinggi setiap tahun yang berupaya memenuhi keperluan industri.

“Polisi dan pentadbiran kerajaan Selangor yang tahan lasak dan tangkas juga antara keunikan negeri ini,”katanya.

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...