Sunday , 22 December 2024
Home Ekonomi Digital Penang umum jalin kerjasama syarikat pemula niaga dengan Thailand
Ekonomi

Digital Penang umum jalin kerjasama syarikat pemula niaga dengan Thailand

Digital Penang umum jalin kerjasama syarikat pemula niaga dengan Thailand

Kredit: Digital Penang

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari

GEORGE TOWN, 26 Julai(Livevartha) — Digital Penang telah mengumumkan program Market Access Thailand, disasarkanuntuk memacu syarikat pemula niaga Pulau Pinang ke dalam pasaran Thailand dan mewujudkan peluang untuk pertumbuhan dan inovasi yang eksponen.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata ekonomi dinamik Thailand, infrastruktur digital kukuhdan pangkalan pengguna yang luas menjadikannya pilihan strategik untuk pengembangan pasaran, iaboleh menawarkan peluang kepada pemula niaga untuk berkembang maju.

Lima syarikat pemula niaga, ADA Biotech, Haroct Technologies, Mobula Research, Waterbay dan Visionlytics telah dipilih untuk program itu, bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan pemula niagadalam pasaran ASEAN.

“Lima syarikat ituadalah antara yang terbaikdi Pulau Pinang dan program tahun ini akan menyaksikan Digital Penang menjalin hubungan kerjasama dengan pembangun ekosistem utama di Thailand termasuk Techsauce dan Tru Digital Park.

"Menerusikerjasama dengan institusi Thai yang berprestij ini, kami menyediakan syarikat pemula niaga Malaysiadengan kepakaran, bimbingan, dan hubungan tempatan yang penting, membuka jalan untuk kemasukan pasaran yang berjaya," katanya ketika menyampaikan ucapannya semasa pengumuman ‘Market Access: Thailand’diWisma Yeap Chor Ee, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis pengumuman itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Penang Digital, Ng Kwang Ming dan ahli lembaga Penang Digital,Iza Fazlan Mohd Noor.

Zairilyang juga Naib Pengerusi Digital Penang berkata kerjasama itu menawarkan pandangan strategik kepada syarikat pemula niagaPulau Pinang dan membantu mereka mengemudilandskap kawal selia Thailand, mengurangkan kekangandan memastikan operasi perniagaan diperkemas.

"Setakat tahun ini (2024), Thailand mempunyai tiga syarikat berstatus‘unicorn’ dan menduduki tempat keempat di rantau ini untuk kematangan dan pembangunan ekosistem," katanya.

Unicornmerujuk kepadasyarikatpemula niaga yang mencatatkan nilai lebih US$1 bilion (RM4. 51 bilion).

Related Articles

Ekonomi

Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 21 Disember- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami...

GDA kekal mahu ambil alih MAHB pada harga RM11 sesaham
Ekonomi

GDA kekal mahu ambil alih MAHB pada harga RM11 sesaham

PETALING JAYA: Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA), konsortium yang bercadang menswastakan...

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...