Thursday , 26 December 2024
Home Ekonomi Petronas, Enilive, Euglena Bangunkan Loji Penapis Di PIC
Ekonomi

Petronas, Enilive, Euglena Bangunkan Loji Penapis Di PIC

Petronas, Enilive, Euglena Bangunkan Loji Penapis Di PIC

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Livevartha) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Enilive S.p.A dan Euglena Co Ltd akan bersama-sama membangunkan loji penapis biologi di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) untuk beroperasi menjelang separuh kedua 2028.

Sehubungan itu, syarikat usaha sama akan ditubuhkan di Malaysia untuk membina dan menguruskan loji penapis biologi, dengan anak syarikat Petronas, Petronas Mobility Lestari Sdn Bhd dan Enilive, syarikat yang dikawal langsung oleh Eni S.p.A., sebagai pemegang saham terbesar.

Dalam kenyataan bersama hari ini, ketiga-tiga pihak berkata loji penapis biologi itu akan menghasilkan bahan api penerbangan mampan (SAF) dan biobahan api lain seperti diesel/minyak sayuran terhidrogen (HVO) boleh baharu bagi memenuhi permintaan industri penerbangan dan pengangkutan global dengan memanfaatkan kepakaran setiap rakan kongsi.

Menurutnya pembinaan loji penapis biologi itu dijangka bermula pada suku keempat 2024 dengan keupayaan memproses kira-kira 650,000 tan bahan mentah setiap tahun untuk menghasilkan SAF, HVO, dan bio-nafta.

Loji penapis biologi ini akan menggunakan minyak sayuran terpakai, lemak haiwan, sisa daripada pemprosesan minyak sayuran, dan biojisim lain termasuk minyak mikroalga, yang akan diteroka dalam jangka sederhana.

“Dengan memanfaatkan kemudahan dan utiliti PIC, loji penapis biologi berkenaan akan terletakstrategik berhampiran sumber bekalan stok suapan, dengan akses kepada lorong perkapalan antarabangsa utama, meningkatkan keupayaan untuk memenuhi keperluan pelanggan global,” menurut kenyataan itu.

Ia akan memproses bahan mentah, dan unit prarawat yang berupaya memaksimumkan pengeluaran SAF dan HVO.

Naib Presiden (Penapisan, Perdagangan dan Pemasaran) Petronas Ahmad Adly Alias ​​berkata pencapaian penting ini akan mengukuhkan kedudukan syarikat minyak dan gas negara dalam rantaian nilai biobahan api, di luar daripada perdagangan.

Keadaan ini sekali gus membuka jalan kepada penubuhan ekosistem berasaskan bioholistik di Malaysia yang menawarkan penyelesaian munasabah dan mampan untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Related Articles

Ekonomi

Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad...

Ekonomi

Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global

Datuk Ramesh KodammalKUALA LUMPUR, 25 Disember- Blok ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh...

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...