Home Ekonomi Malaysia catat kemajuan ketara untuk dapatkan semula status Harimau Asia – Amir Hamzah
Ekonomi

Malaysia catat kemajuan ketara untuk dapatkan semula status Harimau Asia – Amir Hamzah

Malaysia catat kemajuan ketara untuk dapatkan semula status Harimau Asia – Amir Hamzah

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 28 Julai (Livevartha) — Tinjauan positif daripada penganalisis dan agensi penarafan, disokong oleh angka ekonomi yang memberangsangkan adalah petunjukbahawaMalaysia sedang mencatat kemajuan ketarauntuk mendapatkansemula status Harimau Asia, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Amir Hamzahberkata beliau juga telah menerima maklum balas positifberhubungprestasi ekonomi Malaysia yang kukuh semasa pertemuan dengan pelabur dan penganalisis, merekamenyatakan keyakinan mengenaipertumbuhan masa depan negara.

“Untuk mendapatkansemula status Harimau Asiabukan sekadar impian biasa. Kerajaan dan saya amat yakin bahawa kita boleh mencapai matlamat ini.

“Kami juga melihat ramai penganalisis kewangan di luar sana, banyak agensi penarafan, ramai orang yang mengakui bahawa Malaysia secara asasnya kembali di landasan yang betul,” katanya kepada diaspora Malaysiadi sini padamalam Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis makan malam yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Amir Hamzahmengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Singapurayang berakhir semalam.

Semasa lawatan itu, beliauturut menghadiri sesi libat urusdengan pelabur yang diatur bersama oleh CIMB, JP Morgan dan UOB.

Kerajaan MADANI telah berjaya mengekalkan kestabilan selama 21 bulan setakat ini selepas beberapa siri perubahan dalam kerajaan dan pandemikCOVID-19 yang menghentikan kemajuan ekonomi negara.

Related Articles

Ekonomi

Malaysia komited perkukuh hubungan dagang dengan Sweden dan Arab Saudi

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz /...

Ekonomi

Tarif baharu AS mungkin jejas eksport minyak sawit negara – MPOB

Tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan kepada...

Ekonomi

ASEAN perlu kurangkan halangan bukan tarif, kurangkan impak tarif timbal balas AS

Timbalan Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Dr Mohd Fairuz A. Razak /...

Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...