Home Ekonomi Kerangka Ekonomi MADANI kekalkan pertumbuhan dan daya tahan ekonomi negara
Ekonomi

Kerangka Ekonomi MADANI kekalkan pertumbuhan dan daya tahan ekonomi negara

Kerangka Ekonomi MADANI kekalkan pertumbuhan dan daya tahan ekonomi negara

Oleh Zarul Effendi Razali and Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Livevartha) — Kerangka Ekonomi MADANI dilihatsebagai komponen penting dalam pelaksanaandasar dan program kerajaan yang membantu mengekalkan pertumbuhan dan daya tahan ekonomi Malaysia.

Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia Dr Yeah Kim Leng berkata kerangka itu,yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Julai tahun lepas, menjadi rangka kerja dasar asas yang memberikan panduan dalam merangka pelbagai pelan, pelan hala tuju dan pelan tindakan.

“Langkah-langkah di bawah kerangka ini untuk meningkatkan pengeluaran, produktivitidan rantaian nilai dalam sektor pengeluaran, selain sektor pekerjaan, gaji dan pendapatan dalam sektor isi rumah atau penggunaan mencatatkan pertumbuhan yang stabil, akan membawa kepada pembasmian kemiskinan, kesejahteraan hidup yang lebih baikdan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara keseluruhan yang tinggi.

“Setakat ini, pertumbuhan pendapatan median negaraseiring dengan inflasi walaupun kumpulan pendapatan B40 dan separuh daripada M40 mungkin bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat, bergantung kepada lokasi, gaya hidup, saiz keluarga dan kumpulan umur mereka,” katanya kepada Livevartha.

2024, tahun untuk laksana kerangkaEkonomi MADANI

FelodiMajlis Profesor Negara Prof DrAzmi Hassan bersetuju dengan kenyataan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bahawa 2024 merupakan permulaan kepada pelaksanaan kerangka EkonomiMADANI.

“Saya berpendapat kerangka itu masih dalam peringkat pelaksanaan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, justeru,tidak mencukupi untuk mengukur kemajuannya.

Related Articles

Ekonomi

Malaysia komited perkukuh hubungan dagang dengan Sweden dan Arab Saudi

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz /...

Ekonomi

Tarif baharu AS mungkin jejas eksport minyak sawit negara – MPOB

Tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan kepada...

Ekonomi

ASEAN perlu kurangkan halangan bukan tarif, kurangkan impak tarif timbal balas AS

Timbalan Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Dr Mohd Fairuz A. Razak /...

Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...