Home Ekonomi Sektor Semikonduktor Kukuh, Kurangkan Kebergantungan Pada Import – MARii
Ekonomi

Sektor Semikonduktor Kukuh, Kurangkan Kebergantungan Pada Import – MARii

Sektor Semikonduktor Kukuh, Kurangkan Kebergantungan Pada Import – MARii

Azrul Reza Aziz

Oleh Siti Noor Afera Abu and Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Livevartha) — Industri semikonduktor domestik yang kukuh, di bawah Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS), boleh mengurangkan pergantungan kepada import dan mengukuhkan rantaian bekalan automotif, kata Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Reza Aziz berkata kenderaan elektrik (EV) bergantung pada komponen semikonduktor untuk fungsi kritikal, antaranyapengurusan bateri dan pengkomputeran.

“Sehubunganitu, pembangunan rantaian bekalan adalah penting untuk menyokong pengeluaran dan pemasangan EV,” katanya kepada Livevartha.

Sebagai contoh, kereta hibrid biasanya memerlukan sekitar 1,500 mikrocip manakala EV pula mungkin memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 cip untuk setiap kereta, diperoleh daripada sektor elektrik dan elektronik (E&E).

“Fasa 1-3 NSS, menekankan pengeluar cip paling canggih untuk menjadi syarikat termaju akan membolehkan pembekal automotif tempatan menjadi lebih inovatif dalam pembangunan produk.

“Ini memastikan produk mereka beraspirasi untukmenyokong pengeluar EV dan industri di Malaysia, ia akan meningkatkan keseluruhan industri automotif,” kata Azrul Reza.

Pada 28 Mei lepas,NSStelah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia terdiri daripada tiga fasa utama.

Fasa 1 akan memberi tumpuan kepada pelaburan langsung domestik, memfokuskan terhadapreka bentuk litar bersepadu, pembungkusan termaju dan peralatan pembuatan manakala pelaburan langsung asing akan menekankan kepada fabrikasi waferdan peralatan pembuatan.

Related Articles

Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Ekonomi

Minat buru saham harga rendah pacu Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 April – Bursa Malaysia kembali melantun pada awal...

Ekonomi

Ringgit menyusut, pelabur enggan tanggung risiko kesan tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut...

Pasaran sukuk ASEAN catat pertumbuhan stabil pada 2023
Ekonomi

Pasaran sukuk ASEAN catat pertumbuhan stabil pada 2023

ABDUL Rasheed Ghaffour (kanan) bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah...