Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Tidak Perbaharui Kontrak Perkhidmatan
Ekonomi

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Tidak Perbaharui Kontrak Perkhidmatan

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Tidak Perbaharui Kontrak Perkhidmatan

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank Datuk Dr Aria Putera Ismail – Kredit: SME Bank

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Livevartha) –Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SME Bank Datuk Aria Putera Ismail akan meninggalkan organisasi itu selepas tamat tempoh perkhidmatannya untuk mengejar peluang baharu.

Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim akan menggantikan beliau sebagai Pemangku Presiden/CEO Kumpulan bermula 3 Sept2024.

Menurut SME Bank dalam kenyataan hari ini, sepanjang enam tahun kepimpinannya, Aria Putera telah membuka laluan kepada SME Bank untuk memenuhi mandat dalam menyokong dan membangunkan perusahaaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Katanya ini bermula dengan mentakrifkan semula visi, misi dan memperkenalkan nilai teras S.M.I.L.E.

Beliau turut memperkenalkan Pelan Percepatan Dua Tahun, satu pelan strategik untuk merombak perniagaan bank yang mengandungi 27 inisiatif yang memfokuskan kepada matlamat pembangunan lestari, kualiti aset, ekosistem PKS yang komprehensif, pendigitalan dan pembangunan bakat serta mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM213.9 juta pada 2019.

“Sehubungan itu, SME Bank telah menunjukkan peningkatan yang luar biasa dalam kualiti aset dan pertumbuhan pembiayaan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

“Jumlah pembiayaan kasar bank mencatatkan pertumbuhan 37.6 peratus daripada RM6.47 bilion pada 2018 kepada RM8.9 bilion pada akhir 2023manakala Kadar Kemerosotan Kasar berkurangan kepada 12.5 peratus daripada 22.9 peratus,” katanya.

Pada kemuncak pandemik COVID global, Aria Putera telah melancarkan pelbagai program bantuan pada Oktober 2020 hingga September 2022 untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro dalam pelbagai industri, yang memberi manfaat kepada lebih 5,000 syarikat dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM9.12 bilion.

Sementara itu,Mohammad Hardee mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan, dengan kepakaran dalam perbankan perniagaan dan pengurusan strategik.

Related Articles

Niaga hadapan emas ditutup rendah sedikit menjelang keputusan mesyuarat FOMC
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah sedikit menjelang keputusan mesyuarat FOMC

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 18 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ringgit capai paras tertinggi dalam 19 bulan
Ekonomi

Ringgit capai paras tertinggi dalam 19 bulan

SEORANG pengurup wang mengira wang kertas ringgit Malaysia sementara pelanggan menunggu di...

ADE meterai kerjasama dengan PT Garuda
Ekonomi

ADE meterai kerjasama dengan PT Garuda

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara ADE dan PT Garuda berlangsung di Bali...

Ekonomi

Belanjawan 2025 : Peruntukan perbelanjaan pembangunan dianggar RM78.3 biliion

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 18 September- Peruntukan perbelanjaan pembangunan bawah Belanjawan 2025 dianggar...