Home Ekonomi Pengukuhan Ekonomi, Ringgit Dorong Malaysia Capai Status Berpendapatan Tinggi Menjelang 2027 – Rafizi
Ekonomi

Pengukuhan Ekonomi, Ringgit Dorong Malaysia Capai Status Berpendapatan Tinggi Menjelang 2027 – Rafizi

Pengukuhan Ekonomi, Ringgit Dorong Malaysia Capai Status Berpendapatan Tinggi Menjelang 2027 – Rafizi

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Penemuan Banci Ekonomi 2024 di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA, 29 Julai (Livevartha) — Malaysia mampumencapai statusnegara berpendapatan tinggi menjelang 2027sekiranya ekonomi negara tumbuh empat hingga lima peratus setiap tahun dan ringgit mengukuh sekitar RM4.20 berbanding dolar AS, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata sekiranya sasaranini dapat dicapai, Malaysia akan dilihat sebagai negara berpotensiyangseterusnya berupaya bangkit kembali menjadi‘Harimau Asia’.

“Piawaian ini adalahyang lebih mudah (untuk melayakkan Malaysia mendapat status tersebut). Ia juga bergantung kepada kemampuan kita menjadi hab kewangan antarabangsa di samping prestasi Bursa Malaysia yang positif,” kata Rafizipada sidang mediaselepas majlis pelancaranPenemuan Banci Ekonomi 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), di sini, hari ini.

Sebelum ini Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata Malaysia sedang berada di landasanuntuk mencapaisemula status Harimau Asia.

Ini berdasarkan tinjauan positif daripada penganalisis dan agensi penarafan, disokong oleh angka ekonomi negara yang memberangsangkan.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Ekonomi

Minat buru saham harga rendah pacu Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 April – Bursa Malaysia kembali melantun pada awal...

Ekonomi

Ringgit menyusut, pelabur enggan tanggung risiko kesan tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut...

Pasaran sukuk ASEAN catat pertumbuhan stabil pada 2023
Ekonomi

Pasaran sukuk ASEAN catat pertumbuhan stabil pada 2023

ABDUL Rasheed Ghaffour (kanan) bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah...