Home Ekonomi LRT3 Dijangka Beroperasi Menjelang Suku Ketiga 2025 – Loke
Ekonomi

LRT3 Dijangka Beroperasi Menjelang Suku Ketiga 2025 – Loke

LRT3 Dijangka Beroperasi Menjelang Suku Ketiga 2025 – Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (dua, kanan) meninjau status terkini projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Stesen 20 Pasar Jawa hari ini.

KLANG, 29 Julai (Livevartha) — Projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) melibatkan jajaran dari Bandar Utama ke Johan Setia di Selangor dijangka siap dan mula beroperasi menjelang suku ketiga tahun hadapan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini kerja-kerja pembinaan jajaran yang meliputi pembinaan 20 stesen itu telah mencapai 95.6 peratus dan akan selesai pada Oktober ini.

Beliau berkata ia kemudiannya akan diikuti dengan kerja-kerja pengintegrasian sistem yang dijangka mengambil masa beberapa bulan hingga awal tahun hadapan.

“Selepas proses itu, kita akan bersedia untuk buat proses pengujian dan pentauliahanyang akan mengambil masa tiga ke empat bulan sebelum mula beroperasi menjelang suku ketiga tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perkembangan terkini projek pembinaan LRT3 di Stesen Pasar Jawa di sini hari ini.

Loke berkata tempoh jangkaan operasi sedikit lewat berbanding jangkaan asal pada Mac tahun hadapan antara lain disebabkan kerja-kerja yang tidak dapat dilakukan semasa pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Loke berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Julai lepasturut bersetuju mengembalikan skop asal LRT3 yang membabitkan lima stesen iaitu Tropicana, Temasya, Raja Muda, Bukit Raja dan Bandar Botanik.

Beliau berkata pengembalian lima stesen ituadalah bersama dengan pembelian tambahan tujuh set tren tiga gerabak, pembesaran depoh tren di Johan Setia dan pembelian 150 bas elektrik untuk penghantaran serta pembinaan dua depoh bas.

Proses itu katanya akan melibatkan tambahan kos sebanyak RM3.8 bilion termasuk kos mewujudkan bas perantara antara stesen pertama dan terakhir bagi memantapkan perkhidmatan LRT3 tersebut.

Related Articles

Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Ekonomi

Minat buru saham harga rendah pacu Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 April – Bursa Malaysia kembali melantun pada awal...

Ekonomi

Ringgit menyusut, pelabur enggan tanggung risiko kesan tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut...

Pasaran sukuk ASEAN catat pertumbuhan stabil pada 2023
Ekonomi

Pasaran sukuk ASEAN catat pertumbuhan stabil pada 2023

ABDUL Rasheed Ghaffour (kanan) bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah...