Home Ekonomi Pendapatan eksport industri koko capai RM4.8 bilion setakat Mei bagi tahun ini
Ekonomi

Pendapatan eksport industri koko capai RM4.8 bilion setakat Mei bagi tahun ini

Pendapatan eksport industri koko capai RM4.8 bilion setakat Mei bagi tahun ini

Gambar fail

KENINGAU, 29 Julai (Livevartha) — Industri koko Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan denganpendapatan eksport mencapai RM4.8 bilion sehingga Mei bagi tahun ini.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menjelaskan jumlah itu adalah58 peratus daripada pendapatan eksport sebanyak RM8.2 bilion yang dicatatkan tahun lepas.

“Ini jelas menunjukkan kepentingan industri inidalam memangkinkanekonomi negara,” tambah KPK dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, pada Isnin.

Kenyataan itu sempena lawatan kerja turun padangMenteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani bertemu pekebun kecil koko diKampung Liau Ulu di sini.

Pada majlis itu, Johari turut merasmikan Kursus Teknologi Pascatuaidan Pemantapan Kelompok Koko dan Mini Pemprosesan Koko Kampung Liau.

Menurut kementerian itu kawasan pedalaman Sabahmenunjukkan pencapaian pengeluaran koko yang baik dengan menyumbang 37.5 peratus kepada jumlah pengeluaran koko negara.

Sejumlah pekebun kecil koko di sini juga berjaya mengeluarkan hasil koko yang tinggi iaitu lebih 1,000 kilogram per hektar setahun berbanding produktiviti nasional sebanyak 100 kilogram per hektar setahun, tambah KPK.

“Sebahagian biji koko dari kawasan ini menjadi pilihan dan dibeli oleh pengeluar coklat single origin dan pemprosesdaripada biji koko sehingga menjadi bar coklat,” menurutnya.

Single origin koko bermaksud asal usul koko tersebut dapat dijejaki termasuk profil petani yang mengeluarkanya serta geografi persekitaran kebun yang menghasilkan koko itu.

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...