Home Ekonomi Pelabuhan Ditambah Baik, Jadikan Malaysia \’Homeport\’ Kapal Persiaran
Ekonomi

Pelabuhan Ditambah Baik, Jadikan Malaysia \’Homeport\’ Kapal Persiaran

Pelabuhan Ditambah Baik, Jadikan Malaysia \’Homeport\’ Kapal Persiaran

Anthony Loke Siew Fook

PUTRAJAYA, 29 Julai (Livevartha) — Pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di pelabuhan sedia ada giat dijalankan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai ‘homeport’atau pangkalan kapal persiaran.

Menteri Pengangkutan Anthony Lokeberkata beberapa penambahbaikan dilakukan termasuk penambahan kapasiti di Port Klang Cruise Terminal agar dapat menampung lebih banyak kapal persiaran dan mengindahkan kawasan sekeliling di Swettenham Pier Cruise Terminal Pulau Pinang.

Loke berkata pelabuhan sedia seperti di Langkawi, Melaka, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching meskipun belum mempunyaiinfrastruktur kapal persiaran, mampu menampung kapal persiaran sekiranya penambahbaikan dilakukan.

"Sektor kapal persiaran Malaysia menunjukkan pertumbuhan kukuh selepas COVID-19. Malaysia menerima 1,055 kapal persiaran pada 2023 yang membawa 1.5 juta pelancong. Ini menandakan peningkatan 85 peratus dalam ketibaan kapal persiaran berbanding 2019," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pelayaran Persiaran Malaysia (MCC), di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Loke berkata usaha menarik lebih banyak kapal persiaran untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalanmemberikan limpahan ekonomi memandangkanlebih ramai pengembara akan melaluilapangan terbang, menginap dan berbelanja di sini.

Justeru, beliaumenyeru kerajaan negeri yang berpotensi menerima kapal persiaran agar mempromosikan kawasan masing-masing.

Loke berkata untuk mempercepatkan pertumbuhan industri kapal persiaran di Malaysia, satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkanoleh Kementerian Pengangkutan bersamaKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Beliau berkata antara lain, peranan jawatankuasa itu adalah memacu dan memudah cara pergerakan penumpang dan singgahan kapal persiaran agar lebih cepat dan efektif.

Related Articles

Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Ekonomi

Minat buru saham harga rendah pacu Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 April – Bursa Malaysia kembali melantun pada awal...

Ekonomi

Ringgit menyusut, pelabur enggan tanggung risiko kesan tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut...

Pasaran sukuk ASEAN catat pertumbuhan stabil pada 2023
Ekonomi

Pasaran sukuk ASEAN catat pertumbuhan stabil pada 2023

ABDUL Rasheed Ghaffour (kanan) bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah...