Home Ekonomi Banyak Syarikat China Minat Melabur Di Pulau Pinang – Chow
Ekonomi

Banyak Syarikat China Minat Melabur Di Pulau Pinang – Chow

Banyak Syarikat China Minat Melabur Di Pulau Pinang – Chow

Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 29 Julai (Livevartha) — Pulau Pinang menerima peningkatan pertanyaan daripada syarikat China yang memburu peluang pelaburan sejak lebih setahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata pertambahan ini mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap potensi ekonomi dan persekitaran mesra perniagaan di rantau ini.

“Banyak syarikat China berhasrat untuk melabur di Asia Tenggara, termasuk Pulau Pinang dan Malaysia. Buat masa ini, kami belum menyaksikan banyak pelaburan yang berjaya, tetapi telah menerima banyak pertanyaan.

"Terdapat kemungkinan syarikat di China berwaspada untuk membawa pelaburan mereka di luar negara itu kerana melibatkan aliran keluar modal," katanya dalam sidang media bagi mengumumkan Sidang Kemuncak dan Ekspo Semikonduktor Asia Pasifik (APSSE) 2024 di sini hari ini.

APSSE akan diadakan pada 16 hingga 18 Oktober ini di Pusat Konvensyen SPICE.

Acara berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) menerusi kerjasama strategik dengan Persatuan Industri Peralatan Pengeluaran Elektronik China (CEPEA) dan disokong oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, Presiden MSIA Datuk Seri Wong Siew Hai berkata terdapat potensi dari segi peningkatan pertanyaan di Pulau Pinang dan Malaysia berikutan ekosistem sedia ada di negeri berkenaan.

Beliau berkata banyak syarikat di China dalam subsektor teknologi yang tidak beroperasi di Malaysia.

“Kami mahu syarikat yang boleh menambah nilai kepada kami dan mengukuhkan ekosistem, dan China mempunyai banyak subsektor teknologi sedemikian yang boleh meningkatkan ekosistem kami.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....