Sunday , 24 November 2024
Home Ekonomi Bursa Malaysia Tingkat Sasaran Keuntungan 2024 Kepada Rm361 Juta Hingga Rm379 Juta
Ekonomi

Bursa Malaysia Tingkat Sasaran Keuntungan 2024 Kepada Rm361 Juta Hingga Rm379 Juta

Bursa Malaysia Tingkat Sasaran Keuntungan 2024 Kepada Rm361 Juta Hingga Rm379 Juta

Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar (Kredit: FB Bursa Malaysia)

KUALA LUMPUR, 30 Julai(Livevartha) –Bursa Malaysia Bhd mengemas kini sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) untuk tahun kewangan 2024 (TK2024) daripadaRM293 juta hingga RM323 juta kepadaRM361 juta hingga RM379 juta.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata bursa terus menarik pelaburan ke dalam pasaran modal dan menjangkakan prestasi korporat yang lebih baik bagi tahun ini berbanding 2023.

“Kami menyaksikan aliran masuk yang kukuh daripada pelabur domestik dan asing. Berdasarkan prestasi semasa dan momentum yang dijangka pada separuh kedua 2024, kami telah menyemak sasaran PBT kami,” katanya semasa Taklimat Media mengenai Keputusan Kewangan Separuh Pertama Bursa Malaysia 2024 hari ini.

Bursa tersebut optimis untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024.

Abdul Wahid berkata Bursa Malaysia telah mengekalkan sasarannya untuk meningkatkan segmen hasil bukan dagangan sebanyak lima peratus hingga tujuh peratus bagi TK2024.

Selain itu, Bursa Malaysia berhasrat untuk kekal kukuh tahun ini dengan menyasarkan 42 tawaran awam permulaan (IPO) dan jumlah permodalan pasaran IPO bernilai RM13.0 bilion pada 2024.

“Kami telah menyelesaikan 28 IPO pada separuh pertama 2024,” katanya.

Sehingga akhir Jun 2024, Bursa Malaysia telah merekodkan 21 IPO, iaituempat di Pasaran Utama, 16 di Pasaran ACE, dan satu di Pasaran LEAP dengan jumlah permodalan pasaran IPO bernilai RM7.31 bilion, menjadikannya yang kedua tertinggi dalamkalangan bursa-bursa diAsean.

Pencapaian ini menunjukkan daya tarikan Bursa Malaysia yang tinggi kepada perniagaan yang mencari modal untuk pengembangan dan mencerminkan minat pelabur yang semakin meningkat terhadap peluang baharu melalui bursa tersebut, kata Abdul Wahid.

Related Articles

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal meningkat minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 23 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Niaga hadapan KLIBOR dijangka lengang minggu hadapan
Ekonomi

Niaga hadapan KLIBOR dijangka lengang minggu hadapan

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 23 November – Minggu yang akan datang dijangka...

Harga minyak dunia dijangka lebih rendah pada 2025
Ekonomi

Harga minyak dunia dijangka lebih rendah pada 2025

HARGA minyak dijangka berada dalam julat antara AS$65 (RM290.39) hingga AS$75 (RM335.09)...

Tesla guna komponen kira-kira 45 pembekal tempatan – MITI
Ekonomi

Tesla guna komponen kira-kira 45 pembekal tempatan – MITI

TESLA menggunakan komponen daripada kira- kira 45 pembekal tempatan secara langsung atau...