Home Ekonomi CelcomDigi Kemuka Cadangan Pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Kepada MCMC
Ekonomi

CelcomDigi Kemuka Cadangan Pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Kepada MCMC

CelcomDigi Kemuka Cadangan Pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Kepada MCMC

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi

KUALA LUMPUR, 31 Julai(Livevartha) –CelcomDigi Bhd telah mengemukakan cadangannya untuk melaksanakanrangkaian 5G kedua Malaysia kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Idham Nawawi berkata cadangan itu mengutarakankomitmen CelcomDigi untuk membina rangkaian 5G maju dan mempercepatkan penggunaannya dalam kalangan pengguna dan perniagaan.

"Kami yakinbahawa kami telah mengemukakankes yang kukuh untuk melaksanakann rangkaian 5G kedua Malaysia – sama ada secara bersendirian atau bekerjasama dengan orang lain – untuk memastikan binaan ekosistem 5G yang berkembang maju untuk negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

CelcomDigi berkata, syarikat tersebut memiliki keupayaan untuk melancarkanrangkaian 5G yang berpatutan, pantas, dan cekap, dengan memanfaatkan rekod prestasi cemerlangnyalebih 30 tahun dalam pelaksanaan projek infrastruktur mudah alih.

Syarikatitu yang mengendalikan rangkaian 4G paling luas dan moden di negara ini, kini bersedia untuk melancarkanrangkaian 5G bertaraf dunia bagiMalaysia, disokong oleh pasukan kejuruteraan yang sangat mahir, rantaian bekalan menyeluruhdan rangkaian menara sertarakan infrastruktur yang meluas.

Menjelang akhir tahun ini, lebih dua pertiga daripada rangkaian syarikat akan dimodenkan, menjadikannyasebagai rangkaian digital terbesar dan paling maju di negara ini.

Sebanyak18,000 tapak rangkaian 5G sedia adanya akanmembolehkan penggunaan teknologi 5G yangcanggih, seterusnyamenjadikan CelcomDigisalah satu rangkaian 5G maju terbesar di rantau ini.

Syarikat itu juga memanfaatkan ekosistemnya yang luas dan berkembang daripada rakan teknologi global sertatempatan, dan pemindahan pengetahuan daripada pemegang sahamnya Axiata dan Telenor untuk memacu inovasi penyelesaian teknologi baharu bagipengguna dan perusahaan.

Selain itu, CelcomDigijuga baru-baru ini melancarkan Pusat Pengalaman CelcomDigi AI (AiX) canggih, hub inovasi dan kolaborasi sehenti untuk meneraju, memberi inspirasi, dan menggerakkan penciptaan penyelesaian digital bertaraf dunia.

Related Articles

Dividen Bank Rakyat 17 peratus, kekal kadar dua digit
Ekonomi

Dividen Bank Rakyat 17 peratus, kekal kadar dua digit

DATUK Mohd Irwan Mohd Mubarak (tengah) bergambar ketika majlis Pengumuman Prestasi Kewangan...

Manfaat takaful cecah RM10.2 bilion, naik 16.73% pada 2024
Ekonomi

Manfaat takaful cecah RM10.2 bilion, naik 16.73% pada 2024

WAN Saifulrizal Wan Ismail (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Radzuan Mohamed...

CIMB tawar Kad Debit Visa dengan pulangan tunai bagi tol dan transit
Ekonomi

CIMB tawar Kad Debit Visa dengan pulangan tunai bagi tol dan transit

PETALING JAYA: CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) memperkenalkan...

Lawatan Presiden Xi dijangka buka banyak peluang strategik perdagangan
Ekonomi

Lawatan Presiden Xi dijangka buka banyak peluang strategik perdagangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden China, Xi Jinping di Kompleks...